Pelajar St. John's Institution

Komposisi para pelajarnya adalah senantiasa pelbagai bangsa dan agama, dan bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan biasa yang digunakan di sepanjang penubuhan sekolah.

SJI adalah sekolah untuk lelaki, dengan pengecualian kepada pelajar tingkatan enam di mana ia adalah pendidikan bercampur. Pelajar perempuan (lebih dikenali sebagai Eagirls) hanya diterima masuk dalam tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas sebagai tambahan kepada pelajar lelaki. Ini adalah kebiasaan bagi sekolah-sekolah menengah lelaki di Malaysia.

Sekolah ini juga mempunyai kelebihan dan kelainan dengan menjadi antara salah sebuah sekolah di Malaysia yang menerima kemasukan pelajar yang kurang upaya penglihatan. Telah menjadi sebahagian dari kurikulum mereka, pelajar yang kurang upaya penglihatan harus menghadiri sesi kelas biasa seperti para pelajar lain. Sekolah ini mempunyai Bilik Sumber untuk pelajar yang kurang upaya penglihatan di mana ia dihadiri oleh tenaga pengajar yang terlatih dan juga sebuah kelab yang mengandungi sejumlah besar pelajar yang dengan sukarela meluangkan masa mereka untuk membantu rakan/pelajar yang kurang upaya penglihatan.